Jam MB Viper Dijamin Masih Berfungsi Sekiranya Pemilik Dilontar Kerusi Lenting

TechnologyDigital
17 May 2023 • 7:36 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Konsep kerusi lenting yang melontar juruterbang keluar daripada kapal terbang sudah wujud sejak 2010. Pada peringkat awal tali bungee digunakan tetapi dengan pesawat jet semakin pantas,sistem yang lebih pantas, selamat dan boleh diandalkan untuk menyelamatkan nyawa dibangunkan oleh firma Martin-Baker. Kerana juruterbang dilenting keluar menggunakan letupan roket, daya-G pada tubuh boleh mencecah 14 kali graviti.

image is not available

Bremont sebuah syarikat jam telah melancarkan MB Viper yang merupakan jam tangan yang dijamin masih boleh berfungsi selepas pemakaian dilontar keluar dari pesawat menggunakan kerusi lenting. Ia adalah satu lagu jam dalam siri Martin Baker yang dikeluarkan oleh Bremont. Viper mendapat namanya kerana diuji menggunakan pesawat F-16 Viper. Setiap jam diperbuat daripada titanium gred 5 dan tali pula daripada kanvas tahan lasak.

image is not available

Dengan binaan tahan lasak ia turut melepasi piawaian dibawa menyelam sehingga 100 meter, dibekukan ketika mendaki dengan pantas dalam pesawat, dan kalis air laut. Mekanisme ENG300 yang digunakan mempunyai penyerap hentakan terbina yang membolehkan ia terus berfungsi selepas menerima daya-G yang besar dan mengekalkan waktu yang tepat. Ia turut boleh menyimpan kuasa sehingga 65 jam.

Sebanyak 300 utas MB Viper akan dihasilkan setiap satu dijual pada harga $5,995 (~RM27,212).

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved