Jam pintar Xiaomi RM19 dan banyak lagi promosi di pembukaan Xiaomi Store The Exchange TRX

8 Dec 2023 • 11:25 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Xiaomi Malaysia bakal membuka kedai rasmi di pusat beli-belah yang baru dibuka, The Exchange TRX pada hari Sabtu, 9 Disember 2023. Sempena pembukaan kedai ini, Xiaomi Malaysia menawarkan pengunjung produk popular Xiaomi pada diskaun yang luar biasa. Selain itu, ada banyak aktiviti menarik turut disediakan.

Kedai Xiaomi ini terletak di Lot C.65.00, Lantai Concourse. Ia dibuka mulai pukul 10 pagi dan ditutup pukul 10 malam. Banyak produk Xiaomi termasuk peranti dan alat IoT dipamerkan, di kawasan seluas 2,700 kps. Pengunjung juga berpeluang untuk menguji sendiri pelbagai produk yang dipamerkan.

Persembahan Eksklusif Xiaomi CyberDog 2

Khas pada 9 Disember, Xiaomi akan mengadakan kelas ekslusif yang mengajar tentang fotografi mudah alih. Sebanyak 3 sesi akan diadakan pada hari tersebut, iaitu pukul 11 tengah hari, 1 petang dan 2.30 petang.

Selain itu, Xiaomi juga akan memperlihatkan kepada orang ramai, robot anjing terbaru mereka, Xiaomi CyberDog 2. Sesi ramah mesra bersama robot ini akan diadakan pada 3 sesi iaitu pukul 10.30 pagi, 2.15 petang dan 4.15 petang.

Promosi 9 Disember

Pada hari pertama pembukaan Kedai Xiaomi The Exchange TRX, pengunjung boleh mendapatkan produk Xiaomi terpilih dengan harga yang sangat murah. Tetapi ia dibuka pada waktu tertentu dengan unit sangat terhad.

Antaranya jualan 4 produk pada 4 sesi jualan iaitu pada pukul 10 pagi, 12 tengah hari, 2 petang dan 4 petang:

  • Xiaomi Smart Band 7 Pro (3 unit) – RM299 RM19.90
  • Xiaomi Smart Band 7 Pro Strap (3 unit) – RM49 RM1
  • Mi Portable Bluetooth Speaker (10 unit) – RM109 RM9
  • Xiaomi Wireless Mouse Lite (10 unit) – RM39 RM9

image is not available

Selain itu, akan ada produk dijual sangat murah hanya pada waktu tersebut:

10 pagi

  • Mi Smart Air Fryer 3.5L – RM339 RM129
  • Xiaomi Wireless Keyboard & Mouse – RM99 RM19.90
  • Mi Motion Activated Night Light 2 – RM59 RM9

12 tengah hari

  • Xiaomi Wireless Keyboard & Mouse – RM99 RM19.90
  • Mi Motion Activated Night Light 2 – RM59 RM9

4 petang

  • Xiaomi Wireless Keyboard & Mouse – RM99 RM19.90
  • Mi Motion Activated Night Light 2 – RM59 RM9

image is not available

Untuk mendapatkan lebih maklumat, layari Facebook Xiaomi Malaysia.

Bacaan Berkaitan