Jam Tangan Bamford Melengkapkan Gaya Pemilik Kenderaan Land Rover - Maskulin Digabungkan Dengan Lasak

CarsMen's Fashion
19 Jun 2023 • 6:41 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Bamford x Land Rover LR002 Limited Edition

Siapa sangka, Land Rover iaitu sebuah jenama kenderaan mewah yang khusus pada kereta pacuan dan sinonim dengan gaya lasaknya semasa di atas jalan raya mahupun offroad telah menjalinkan kolaborasi bersama pengeluar jam tangan mewah Bamford.

Menerusi gabungan ini, sebuah jam tangan khas edisi terhad Bamford x Land Rover LR002 Limited Edition yang sangat eksklusif telah dihasilkan. Ini kerana jam tangan tersebut yang diinspirasikan daripada SUV Land Rover Defender hanya dikeluarkan sebanyak 100 unit sahaja.

image is not available

Malah, ia hanya dijual menerusi kedai dalam talian Hodinkee sahaja dengan harga bermula RM7,829.

Bamford LR002 direka dengan casis titanium berdiameter 40 mm dengan ketebalan 13.25 mm. Ia juga disaluti bahan karbon seakan berlian hitam (DLC) serta kemasan satin dan membolehkan ia terlindung daripada calar.

image is not available

Penunjuk atau jarumnya pula menggunakan bahan Super-LumiNova yang bercahaya di dalam gelap, manakala penanda LR002 dan 100M dicipta dalam warna biru signature Bamford.

Selain itu, jam tangan ini dikuasakan oleh sistem pergerakan automatik Selita SW200-1B dan memiliki simpanan kuasa selama 41 jam.

image is not available

Pada bahagian struktur talinya, ia menggunakan stail NATO bagi memaparkan kekemasan dan sedikit elemen profesional pada pergelangan.

Oleh itu, jika anda mempunyai kenderaan Land Rover di luar sana, apa kata anda dapatkan jam ini untuk melengkapkan diri sebagai pemandu kenderaan pacuan empat roda yang pastinya nampak lebih bergaya. - Getaran, 19 Jun 2023 

Sumber: hodinkee.com