Jam Tangan Hublot Ini Diperbuat Daripada Biji Kopi Dan Kapsul Nespresso Kitar Semula

TechnologyDigital
15 May 2023 • 6:34 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Jangan tangan Hublot boleh menunjukkan status kekayaan pemakainya kerana ia dijual pada harga puluhan ribu ringgit seutas. Tetapi dengan Hublot Big Bang Unico Nespresso Origin ia cuba membawakan imej pemakai yang cakna mengenai alam sekitar kerana ia diperbuat daripada bahan-bahan yang dikitar semula.

image is not available

Sebanyak 28% tubuh aluminium jam diperbuat daripada logam kapsul Nespresso yang dikitar semula. Panel titanium di bahagian bawah juga diperbuat daripada logam titanium dikitar semula.

Tali jam pula diperbuat daripada bahan fabrik kitar semula dengan 5% daripada biji kopi dan 95% lagi daripada poliester yang dikitar semula. Kesemua jam berwarna hijau bagi menunjukkan ia sebuah produk hijau mesra alam.

image is not available

Hanya 200 utas Hublot Big Bang Unico Nespresso Origin akan dijual pada harga CHF 22,900 (~RM 114,000).