Jam tangan pintar Amazfit T-Rex Ultra baharu berharga RM1,899 dilancar

Digital
15 May 2023 • 11:39 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Jam tangan pintar Amazfit T-Rex Ultra baharu berharga RM1,899 dilancar

zulfadli

15/05/2023 - 11:39

KUALA LUMPUR 15 Mei - Pakar terkemuka dalam peranti boleh pakai pintar dan teknologi kesihatan, Zepp Health Corporation (Zepp) memperkenalkan jam tangan pintar terbaharu T-Rex Ultra, yang kini boleh didapati di Malaysia.

T-Rex Ultra menawarkan pelbagai ciri pengembaraan dalam pelbagai persekitaran melalui perkakasan dan perisian, gred ketenteraan berteknologi tinggi terkini, pemantauan, penjejakan dan GPS.

Pengurus Besar APAC Amazfit Malaysia, Wu Jin berkata, T-Rex Ultra menampilkan badan keluli tahan karat, sensor biometrik BioTracker PPG yang menyokong penjejakan darah-oksigen, dan sokongan Wi-Fi 2.4GHz.

"Ini adalah jam tangan yang sesuai untuk setiap aktiviti luar daripada motosikal lasak, terjun udara, ski ke taman berjalan kaki, atau berenang," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, DJ MYFM yang juga peminat Amazfit, Wayne Phoo berkata, secara keseluruhan reka bentuknya sangat menarik dan fungsinya mesra pengguna.

"Saya seorang yang sangat aktif, tetapi saya tidak pernah mempunyai tabiat memberi perhatian kepada petunjuk kesihatan saya.

"Dengan Amazfit T-Rex Ultra di pergelangan tangan, saya dapat memantau kadar denyutan jantung saya, indeks BMI, kiraan langkah, rekod senaman, dan banyak lagi," katanya.

image is not available

Katanya, hayat baterinya sangat panjang yang mana hanya memakan 20% hayat bateri setelah menggunakannya secara aktif selama seminggu.

Amazfit T-Rex Ultra didatangkan dengan lug boleh laras, 6 satelit GPS, 120 muka jam tangan, altimeter, kompas, cuaca, pasang surut, liputan matahari dan bulan, dan Zepp OS yang tiada tandingan, kini versi 2.0.

T-Rex Ultra didatangkan dalam dua warna iaitu Abyss Black dan Sahara dan kini boleh didapati di Shopee dan Lazada pada harga RM1,899.

image is not available

Selain itu, pelanggan juga akan menerima set beg kering kalis air, jaket angin dan botol sukan semasa pembelian pada 18 Mei 2023.

Semua produk Amazfit boleh dibeli di platform https://www.amazfit.com/my atau rakan e-dagang Amazfit https://bit.ly/AmazfitMY_Shopee dan https://www.lazada.com.my/shop/amazfit/. - DagangNews.com

View Original Article