Jamal Abdillah pelik Zaki Yamani rahsiakan keputusan SPM, tetap membisu tak nak beritahu

2 Aug 2024 • 8:50 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Penyanyi Datuk Jamal Abdillah pelik Zaki Yamani rahsiakan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diperoleh Mei lalu sehingga menimbulkan tanda tanya.

Sebagai bapa, Jamal Abdillah berkata dia masih belum mengetahui keputusan SPM anak keduanya sehingga ke hari ini.

Ujarnya, dia juga meminta anak sulungnya, Osama Yamani bertanya, namun Zaki tetap membisu setiap kali ditanya mengenai perkara tersebut.

“Saya sendiri tak tahu kenapa Zaki nak rahsiakan keputusan peperiksaannya.
“Saya sudah hantar mesej menerusi WhatsApp dan minta abangnya, Osama Yamani untuk menghubungi adiknya itu, tapi tetap tak nak beritahu,”katanya.

image is not available

Jamal Abdillah pelik Zaki Yamani rahsiakan keputusan SPM

Jamal berkata, dia berfikiran terbuka sekiranya Zaki mendapat keputusan yang kurang memuaskan kerana anaknya itu mengikuti pelajaran secara dalam talian dan bukannya pergi ke sekolah.

“Jadi, untuk lulus dengan cemerlang mungkin agak sukar. Tapi, saya bersikap terbuka, kalau betul keputusannya kurang memuaskan, dia boleh kembali belajar.
“Lagipun, Zaki masih muda dan peluang masih terbuka luas,” katanya lagi.

image is not available

Takdalah teruk sangat, selesai temu duga masuk UiTM

Pun begitu, Jamal teruja apabila mengetahui Zaki sudah pun berjaya melalui fasa pertama untuk melanjutkan pengajian dalam bidang muzik di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

“Saya dapat tahu Zaki sudah pun selesai menjalani temu duga di UiTM dalam jurusan muzik dan masih menunggu keputusan.
“Kalau begitu, maknanya keputusan SPM tidaklah begitu teruk kerana masih berpeluang untuk melanjutkan pelajaran.” katanya lagi.

image is not available

Terdahulu, Zaki atau nama lengkapnya Ahmad Zaki Yamani Jamal Ubaidillah beranggapan perkara tersebut adalah privasi dan tidak perlu didedahkan kepada umum.

Zaki turut memaklumkan menerima tawaran daripada beberapa pusat pengajian tinggi, namun masih belum membuat keputusan.

Sebelum ini, Zaki meletakkan sasaran SPM sebanyak 7A namun memilih untuk mendiamkan diri sebaik sahaja keputusan peperiksaan itu diumumkan.

Sumber: BH Online (Farihad Shalla Mahmud)