Jambatan gantung Kampung Luagan dalam ‘bahaya’

21 Jul 2024 • 3:28 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Ahmad Apong

SIPITANG: Sebuah jambatan gantung di Kampung Luagan berisiko untuk putus dan dihanyutkan oleh kayu balak yang masih tersangkut susulan banjir baru-baru ini, yang boleh menyebabkan laluan penduduk ke pekan itu terputus.

Seorang penduduk di sini, Omar berkata, batang pokok kayu itu tersangkut di jambatan gantung, dan boleh mengakibatkan jambatan tersebut hanyut sekiranya lebih banyak kayu yang tersangkut.

“Penduduk tidak mempunyai jalan alternatif untuk ke bandar, malah menggunakan bot lebih berbahaya kerana arus sungai yang deras.

“Orang ramai bimbang jambatan itu terputus kerana ia penting, terutamanya untuk kanak-kanak sekolah, wanita hamil, dan individu yang sakit, selain mereka yang bekerja di Sipitang,” kata Omar kepada Harian Express.

SPONSORED CONTENT Shell awards Sabah LiveWIRE winners Kota Kinabalu: Shell has awarded five enterprises as the state winners of Shell LiveWIRE Malaysia 2024, following the Sabah state finals held at Plaza Shell in Kota Kinabalu. . Read more Omar berkata situasi ini akan membawa kesukaran khusus kepada wanita hamil yang hendak bersalin dan untuk membawa orang sakit ke hospital, yang memerlukan dua hingga tiga orang untuk menyeberangi jambatan gantung.

Katanya, penduduk tiada pilihan lain selain menggunakan jambatan gantung ini untuk perjalanan harian.

Penduduk mengelak menggunakan jambatan itu ketika banjir kerana bimbang ia akan dihanyutkan, memandangkan tiang jambatan itu turut bergoyang ketika arus deras.

Justeru, penduduk memohon agar Adun Sindumin Datuk Dr Yusoff Yaacob yang juga Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad dan Ahli Parlimen Sipitang Datuk Matbali Musah membina jambatan konkrit untuk kepentingan penduduk kampung.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.