Jambatan kayu sementara di Kinarut kini boleh diguna

21 Sep 2022 • 1:38 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

PAPAR: Kira-kira 1,000 penduduk di lima kampung di Kinarut di sini menarik nafas lega apabila mereka dapat menggunakan jambatan kayu sementara di Kg Tampasak Sulim di Kinarut dekat sini.

Sebelum ini, gabion yang menyokong jambatan itu dihanyutkan arus deras sungai Sulim semasa hujan lebat tanpa henti, baru-baru ini.

Adun Limbahau, Datuk Juil Nuatim, berkata arus sungai yang deras menyebabkan jambatan kayu itu senget dan tidak stabil serta tidak selamat untuk pemandu melaluinya, sebelum ini.