Jambatan konkrit manfaat lebih 900 penduduk Kg Togop

10 Jul 2022 • 6:25 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

RANAU: Lebih 900 penduduk Kg Togop Darat dan Kg Togop Laut di sini kini dapat menyeberangi Sungai Kopuakan dengan selamat, termasuk pada musim hujan, dengan pembinaan jambatan konkrit kekal merentasi sungai itu.

Jambatan sepanjang 90 meter yang menghubungkan dua kampung itu boleh digunakan selepas ia siap sepenuhnya pada 16 Mei lalu, sebulan lebih awal daripada tarikh dijadualkan pada 20 Jun.