
KOTA BELUD: Lebih 1,000 penduduk kampung di tiga buah kampung Mukim Kaung, di sini, bakal menikmati kemudahan perhubungan jalan yang lebih baik apabila jambatan konkrit Sungai Kadamaian Kg.Kaung Ulu, Kadamaian, siap sepenuhnya Januari 2026.
Majlis pecah tanah permulaan pembinaan jambatan itu disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick, di sini, pada Jumaat, menurut kenyataan media.
Jambatan bernilai RM13.7 juta daripada peruntukan kerajaan persekutuan melalui Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah tu akan dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya Sabah.
Ewon berkata pembinaan jambatan konkrit dua lorong ini telah lama diidamkan oleh penduduk di Kg Kaung Ulu yang selama ini bergantung kepada "low-level crossing" dan sering menghadapi masalah menyeberangi Sungai Kadamaian setiap kali paras sungai naik terutamanya semasa musim hujan.
SPONSORED CONTENT 800 expected at Sabah CEO Master Class 2024 on August 8 Kota Kinabalu: Wish to know and learn meaningful lessons and entrepreneurial journeys from giant business owners who also faced various hard challenges and succeeded in overcoming them? . Read more * Read full report in tomorrow's print paper or log in or sign up for e-paper and premium online news access.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

