Jambatan Sementara Projek ECRL Runtuh, Pemandu Wanita Nyaris Maut 

18 Nov 2025 • 5:35 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

KUALA LUMPUR - Seorang wanita berdepan detik cemas apabila kereta Suzuki Swift yang dipandunya ditimpa beberapa batang besi hari ini. 

Besi berkenaan dikatakan terjatuh dari jambatan sementara Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang sedang dalam pembinaan di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran Plaza Tol Gombak. 

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata kejadian berlaku sekitar jam 1.47 tengah hari tadi. 

Menurut beliau, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang segera ditugaskan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan.

“Sebaik tiba, kami mendapati sebuah kereta dipandu seorang wanita berusia 40-an dihempap struktur besi dari tapak pembinaan ECRL,” katanya.

Bagaimanapun, mangsa berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba.

Seramai tujuh anggota bomba bersama dua jentera terlibat dalam operasi tersebut. 

Pihak berkuasa kini menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca kejadian. - Getaran, 18 November 2025 

View Original Article