Jambatan Sungai Pamuntarain di Nabawan rosak, tidak dapat dilalui

23 Feb 2026 • 2:49 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

NABAWAN: Jambatan Sungai Pamuntarain di sepanjang Jalan Pamuntrian-Ponontomon tidak dapat dilalui selepas mengalami kerosakan, Ahad.

Jurutera Jabatan Kerja Raya Nabawan Ahmad Fairuz Yunus berkata jambatan terbabit tidak boleh dilalui kenderaan.

“Satu abutment telah rosak seperti dalam gambar yang tular dalam media sosial dan satu lagi abutment masih dalam penilaian pihak kami. Sebarang pembaikan atau penggantian akan bergantung kepada status semasa abutment ini,” katanya.

Ahmad Fairuz menambah, sekiranya penggantian atau pembaikan dibuat, jambatan berkenaan terpaksa ditutup sepanjang kerja-kerja ini.

Beliau juga berkata laluan sementara tidak dapat dibuat di lokasi terdekat atas isu teknikal.

Pegawai Daerah Nabawan Marshal Anthony ketika dihubungi berkata, pihak konsesi sedang memeriksa dan melakukan penilaian kos dan menambah kerja pembaikan akan dilaksanakan segera apabila penilaian.

Kerosakan menyebabkan penduduk Kampung Nakuyung, Salarom Baru dan Ulu Mosopoh tidak dapat menggunakan satu-satunya akses utama mereka ke pekan Nabawan, dan menggesa agar tindakan segera diambil.

Penduduk terjejas bimbang sebarang kelewatan dalam kerja pembaikan bukan sahaja menganggu urusan harian penduduk tetap turut menjejaskan kehadiran pelajar ke SMK Nabawan II dan guru-guru yang bertugas di SK Ulu Mosopoh.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved