James Cameron Menyertai Lembaga Pengarah Stability AI

TechnologyDigital
25 Sep 2024 • 11:12 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pengarah terkemuka James Cameron secara rasmi menyertai lembaga pengarah syarikat kecerdasan buatan (AI) Stability AI. Cameron mengukir nama dalam dunia perfileman dengan mengarahkan filem seperti Terminator 2, Aliens, Titanic dan siri Avatar. Tiga filem arahan beliau memegang rekod kutipan tertinggi di panggung wayang dengan setiap satu meraih lebih $2 bilion.

image is not available

Menurut Cameron beliau menyertai Stability AI kerana melihat terdapat pertindanan antara AI generatif dan juga kesan khas menggunakan komputer. Beliau ingin melihat bagaimana AI generatif boleh digunakan oleh pengkarya bagi membantu mereka menghasilkan cerita. Sebagai orang lama dalam industri, beliau juga antara pengarah terawal menggunakan kesan khas dijana sepenuhnya menggunakan komputer dalam filem The Abyss.

Stability AI adalah syarikat yang menghasilkan Stable Diffusion yang menjana gambar dan juga video pendek berdasarkan teks. Disamping itu ia juga telah melancarkan Stable Video 4D yang boleh menjana objek 3D berdasarkan imej 2D sahaja.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved