James Chai sambung beri keterangan di Ibu Pejabat SPRM

LocalPolitics
29 Apr 2026 • 10:50 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
James Chai sambung memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM pada Rabu.

PUTRAJAYA - Bekas pembantu Datuk Seri Rafizi Ramli, Chai Jin Shern atau James Chai hadir ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini pada Rabu bagi menyambung memberi keterangan pada hari kedua siasatan.

James Chai tiba pada 9.45 pagi bagi membantu siasatan kes membabitkan firma semikonduktor terkemuka dunia dari United Kingdom, Arm Holdings Plc.

Semalam, James Chai turut hadir ke Ibu Pejabat SPRM kira-kira 10 pagi dan mengambil masa lebih lapan jam memberi keterangan.

Pada 1 April, SPRM memberi tempoh dua minggu kepada James Chai untuk tampil membantu siasatan kes melibatkan firma semikonduktor itu dengan SPRM bersedia menanggung kos penerbangan untuk pulang ke Malaysia.

Pada 16 Februari, SPRM membuka kertas siasatan berhubung satu perjanjian antara kerajaan Malaysia dengan sebuah syarikat asing yang dianggarkan bernilai RM1.1 bilion.

Menurut sumber, siasatan dijalankan susulan aduan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mendakwa perjanjian itu dibuat secara tergesa-gesa dan bersifat berat sebelah sehingga dijangka memberi kesan kewangan kepada kerajaan.

Selain itu, siasatan turut menjurus kepada unsur konflik kepentingan apabila beberapa individu dikatakan diberikan jawatan tinggi dalam syarikat asing tersebut selepas berhenti daripada sebuah kementerian. - Bernama

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved