Jamu rakan2 anak sempena cuti semester, ayah ‘tumbang’ 2 ekor kambing rai tetamu

FoodCooking
11 Jan 2025 • 3:56 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
sempena cuti semester

Dua ekor kambing ditumbangkan bagi meraikan tetamu apabila rakan-rakan anak bercadang mahu datang ke rumah sempena cuti semester telah mencuri perhatian ramai.

Menerusi perkongsian pengguna TikTok dikenali sebagai Shalfarina, anaknya meminta izin untuk membawa rakan-rakan seramai 10 orang ke rumah bersempena cuti sekolah.

@ciksal81

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang menghormati tetamu, maka ia menghormatiku dan sesiapa menghormatiku, maka dia memuliakan Allah dan sesiapa memarahi tetamu, maka dia marah kepadaku dan sesiapa yang marah kepadaku, maka dia memarahi Allah.” Baru berkesempatan nak edit video. Terima kasih anak2 IVM sama2 rewang sembelih & cincang Kambing. Alhamdulillah.. next time mai datang lagi kampung Danial. Kita bakar mentarang pulak @Afroskieee #sekinchanselangor #dxnialagrofarm

♬ original sound - thezaidizek - MZM

Sempena cuti semester, rakan anak-anak nak datang

Disebabkan itu, pengguna TikTok dan suami bercadang mahu menumbangkan dua ekor kambing serta beberapa ekor ayam untuk dijamu kepada tetamu-tetamu bagi meraikan mereka.

Ujarnya, dia turut mencarikan sebuah homestay bagi rakan-rakan anaknya yang lelaki dan perempuan boleh sahaja tidur di rumah mereka.

image is not available

Gotong royong memasak sempena cuti semester

Dapat dilihat rakan-rakan anaknya turut sama bergotong-royong membantu memasak juadah untuk mereka nikmati bersama sepanjang berada di rumah tersebut.

Ujar Shalfarina, dia telah menyajikan beberapa juadah dan berasa sangat gembira apabila rakan-rakan anaknya makan dengan begitu berselera dari air tangannya sendiri.

image is not available

Seronok kan dapat raikan rakan2 anak

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata memberikan maklum balas positif apabila teruja melihat keluarga berkenaan tidak lokek berkongsi rezeki dengan orang lain.

Ada juga yang berseloroh mahu menjadi anak angkat kepada keluarga tersebut serta berkongsi cerita pengalaman hampir sama dengan perkongsian yang dibuat pengguna TikTok berkenaan.

image is not available

Semoga terus dimurahkan rezeki

image is not available

Ada yang punya pengalaman hampir sama

image is not available

Meriahnya! Seronok tengok

image is not available

Akak nak anak angkat tak?

image is not available

Semoga tuan rumah terus dimurahkan rezeki kerana tidak lokek berbagi kepada orang lain.

Seronok juga lihat anak-anak muda yang pandai membawa diri dan ringan tulang membantu sama-sama menyediakan juadah untuk dinikmati bersama.

Sumber: TikTok Shalfarina