Jana Wibawa: Bekas Timbalan Pendaftar Mahkamah ditahan SPRM

18 Mar 2023 • 4:03 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Seorang bekas Timbalan Pendaftar Mahkamah ditahan dipercayai meminta suapan berjumlah kira-kira RM2 juta bagi membantu menyelesaikan kes siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap seorang ahli perniagaan yang telah dituduh berkaitan projek Jana Wibawa pada Jumaat.

SPRM menerusi kenyataan memaklumkan suspek lelaki berusia dalam lingkungan 50-an itu dipercayai meminta suapan sebagai balasan antaranya untuk meminta pihak SPRM menukar keterangan tertuduh kepada saksi dan menukar pertuduhan rasuah kepada pertuduhan alternatif.

Menurut sumber, suspek ditahan kira-kira jam 9.30 malam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kuala Lumpur.

"Perintah reman tiga hari bermula hari ini hingga 20 Mac 2023 dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin di Mahkamah Majistret Putrajaya," katanya pada Sabtu.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kuala Lumpur, Razaliah Ab Rahman ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved