Jangain Main Tukar, Ini Maksud Kod Pada “Sportrim” Kereta

27 Jan 2024 • 7:19 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Jangain Main Tukar, Ini Maksud Kod Pada “Sportrim” Kereta

Trend mengubah suai kenderaan, terutamanya pada bahagian kosmetik sudah menjadi seakan budaya dalam masyarakat kita.

Tujuan ubah suai kosmetik yang dilakukan sama ada secara minima atau ekstrem hanyalah satu, untuk menambah nilai estetika kenderaan pada mata.

Paling asas yang sering orang ramai lakukan sudah semestinya memasang ‘tinted‘ pada cermin kereta.

Selain untuk menghalang cahaya matahari dan habas panas, cermin kenderaan yang digelapkan terasa lebih cool.

Maksud dan cara baca kod pada sportrim kereta

Bagi mereka yang mempunyai modal lebih, menukar sportrim adalah tahap pengubahsuaian seterusnya.

Sportrim baru yang dipilih mestilah lebih sporty, supaya tidak nampak lapuk seperti sportrim asal keluaran syarikat pengeluar.

Namun begitu, untuk menukar sportrim juga perlukan ilmu iaitu untuk membaca kod yang ada pada bahagian tersebut.

Untuk mengetahui tentang maksud kod yang dimaksudkan itu, mari ikuti perkongsian SK pada hari ini.

Perkongsian ini diambil daripada seorang pengguna TikTok yang bernama @asfautocarebukitminyak.

Kod unik yang berada pada sportrim

Menurut perkongsian itu, setiap sportrim kebiasaannya akan memiliki kod masing-masing.

Sebagai contoh, kod yang ditunjukkan di dalam video muat naik tersebut adalah 17x7JJ 4H100 ET35.

Nombor 17 di awal kod tersebut merujuk kepada diameter rim dalam ukuran inci dan 7 itu pula merujuk kepada saiz lebar rim dalam inci.

image is not available
Kredit TikTok

image is not available
Kredit TikTok

Bagi JJ pula, ia bermaksud tentang jenis bebibir pada hujum rim tersebut dan 4H pula bermaksud jumlah lubang bolt atau nut yang digunakan oleh rim berkenaan.

image is not available
Kredit TikTok

image is not available
Kredit TikTok

Kod yang seterusnya iaitu 100 bermaksud PCD diameter pada bahagian rangkaian lubang nut dan ET35 pula bermaksud offset pada rim tayar.

image is not available
Kredit TikTok

image is not available
Kredit TikTok

Sekarang dah tahu kan? Lepas ni kalau nak tukar sportrim belek dahulu kod pada sportrim tersebut.

Semoga perkongsian pada hari ini dapat memberikan ilmu yang baharu kepada semua pembaca.

View Original Article