Jangan ada syak wasangka dalam UMNO

Politics
24 Jul 2022 • 1:33 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

SHAH ALAM - Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan berharap tiada sebarang timbul syak wasangka sesama ahli parti sebaliknya masing-masing perlu memainkan peranan sebagai penyatu dalam parti.

Beliau berkata, ia supaya ahli terus bersatu padu mengorak langkah ke depan bagi memastikan kemenangan mutlak Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Lebih baik kita jadi harmoni untuk pastikan dalaman parti kita kuat.

“Kita hadapi pilihan raya bersama-sama. Kita terjemahkan semangat kebersamaan dalam parti kita,” katanya memetik laporan UMNO-online.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan penutup program pemantapan gerak kerja parti anjuran Pemuda BN Alor Gajah di Selandar pada Sabtu.

Program ini dilaksanakan untuk menerangkan gerak kerja komunikasi kepada jentera parti dan menerangkan isu-isu semasa menuju PRU15.

Tambah Shahril, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merupakan Presiden UMNO yang menang dipilih dalam parti dan perlu pertahankan.

“Naib Presiden kita, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah Perdana Menteri yang bawa imej sama iaitu imej BN.

“Datuk Seri Dr Ahmad Zahid akan menjaga parti manakala Datuk Seri Ismail Sabri akan menjaga kerajaan.

“Dua-dua gerak bersama untuk kesejahteraan rakyat Malaysia,” jelasnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved