Jangan benarkan anak bawah 16 tahun guna WhatsApp! Fahmi gesa ibu bapa bertindak

TechnologyFamily & Parenting
28 Oct 2026 • 10:47 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Ibu bapa digesa supaya tidak membenarkan anak berusia bawah 16 tahun menggunakan aplikasi WhatsApp bagi mengelakkan mereka terdedah kepada ancaman buli siber serta kandungan tidak sesuai.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, penggunaan aplikasi komunikasi itu perlu dipantau kerana ibu bapa mungkin tidak mengetahui individu yang berhubung dengan anak mereka atau kandungan yang dikongsi dalam kumpulan sembang.

Menurut beliau, meskipun WhatsApp memudahkan komunikasi antara ahli keluarga, aplikasi berkenaan turut berisiko disalahgunakan sebagai medium penyebaran kandungan negatif dan kegiatan buli siber.

“Saya juga sedikit risau kerana ada platform komunikasi tertentu seperti WhatsApp dan Telegram yang menggunakan penyulitan hujung ke hujung, membolehkan kumpulan tertentu diwujudkan tanpa pengetahuan orang awam.
“Kumpulan ini bukan kumpulan awam, sebaliknya kumpulan peribadi dan kadangkala isu buli bermula atau berleluasa dalam kumpulan seperti ini,” katanya.

May be an image of one or more people and text

Beliau berkata demikian selepas merasmikan program Pelajar Pemacu Negara: ‘Sayangi Diri, Jauhi Dadah dan Hargai Kehidupan’ yang disertai 336 pelajar daripada 122 sekolah menengah di Kuala Lumpur dan Putrajaya, hari ini.

May be an image of one or more people, dais and text

Dalam pada itu, Fahmi mendedahkan sebanyak 47,412 kandungan berunsur buli siber dikenal pasti dan diminta diturunkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sejak Januari hingga semalam.

Daripada jumlah tersebut, TikTok mencatatkan peratusan tertinggi iaitu 81 peratus, diikuti Facebook sebanyak 12 peratus.

“Dari awal tahun hingga semalam, kandungan bersifat buli siber yang dikenal pasti oleh MCMC adalah berdasarkan aduan awam,” katanya lagi.

 

Sehubungan itu, beliau mengingatkan ibu bapa supaya lebih peka terhadap aktiviti digital anak-anak, termasuk risiko berinteraksi dengan individu tidak dikenali serta berkongsi kandungan dalam talian.

Sumber: BH Online

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved