‘Jangan Berarak Atau Main Mercun Jika Menang!’ - Mazli 

12 Aug 2023 • 3:54 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Mazli Mazlan ketika membuat tinjaun di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Jembal - gambar Ana Maria Yusof

KUALA NERUS – Semua pihak dilarang mengadakan sebarang perarakan atau membakar mercun sekiranya meraih kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini. 

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, larangan tersebut turut terpakai ke atas aktiviti berkonvoi dan mengadakan perhimpunan. 

Menurut beliau, rondaan pencegahan dibuat dari semasa ke semasa menerusi pelaksanaan sekatan jalan raya. 

“Kami juga menggerakkan Unit Kereta Peronda (MPV), Unit Rondaan Bermotosikal (URB), trafik dan pasukan cantas. 

"Langkah ini dibuat bagi memastikan ketenteraman awam berada dalam keadaan yang baik dan aman," katanya ketika membuat tinjauan di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Jembal di sini, pada Sabtu. 

Dalam perkembangan lain, Mazli berkata, 23 kertas siasatan atas pelbagai kesalahan telah dibuka sejak hari penamaan calon sehingga tamatnya tempoh kempen PRN di Terengganu. 

“Daripada jumlah itu, 10 kes telah dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan lanjut. 

"Manakala, 13 kes lagi masih dalam siasatan,” katanya. - Getaran, 12 Ogos 2023 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved