Jangan Beri Makanan Pada Gajah Kerana Boleh Bahayakan Pengguna Jalan Raya

LocalEnvironment
28 May 2025 • 10:30 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Hentikan perbuatan memberi makanan kepada gajah di di sepanjang Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), Perak. Ini kerana perbuatan itu mengundang kehadiran gajah dan meningkatkan risiko serangan terhadap pengguna jalan raya.

Sukarelawan Skuad Sungai Petani Response Team, Mohd Amir Faizal berkata, pihaknya mendapati terdapat longgokan buah-buahan seperti mangga dan pisang di beebread lokasi sepanjang JRTB.

Difahamkan, buah-buahan tersebut diletakkan pada waktu malam, dan antara lokasi dikenal pasti ialah kawasan Titi Gajah, Tugu Peringatan Pembinaan JRTB, serta kawasan berhampiran jajahan Jeli, Kelantan.

image is not available

"Perbuatan meletakkan makanan di tepi jalan tidak sepatutnya dijadikan amalan kerana ia boleh mengubah perilaku haiwan liar dan membahayakan pengguna jalan raya.

"Fitrah haiwan liar adalah mencari makanan sendiri. Tidak perlu kita ‘baik tidak kena tempat’ dengan meletakkan makanan di situ. Ia perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan menyusahkan pengguna jalan yang bergantung pada laluan ini untuk urusan harian,” katanya.

Bagaimanapun, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, Yusoff Shariff berkata, tiada peruntukan undang-undang khusus yang boleh digunakan untuk mengenakan tindakan terhadap perbuatan tersebut.