‘Jangan Beri Malu Sarawak’, Netizen Geram Individu Ini Ajar Ojen Aiwah Sebut Ayat Kotor

28 May 2023 • 10:10 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

‘Kesian Ojen, jangan la ajar benda pelik-pelik dekat dia ’ – netizen

‘Jangan Beri Malu Sarawak’, Netizen Geram Individu Ini Ajar Ojen Aiwah Sebut Ayat Kotor. Jika anda pernah ke Stadium Negeri Kuching, pasti tahu dengan kunafa yang viral diminati orang ramai sampai ada yang sanggup berbaris panjang untuk mencuba keenakan kunafa tersebut.

Pemilik Kunafa Aiwah iaitu Ojen, juga sering berada di perkarangan booth beliau untuk beramah mesra bersama peminat kunafa di Kuching. Peramah dan baik orangnya, namun ada juga individu yang mengambil kesempatan ke atas beliau dengan mengajar ayat bahasa Sarawak yang tidak elok didengar oleh netizen Sarawak.

Ojen memohon maaf kepada netizen Sarawak kerana menggunakan ayat-ayat yang sensitif secara tidak sengaja.

Baru-baru ini telah tular satu video di laman sosial di mana inidividu ini mengajar bahasa Sarawak kepada Ojen, namun ayat yang diajarnya membawa maksud yang tidak elok dan berbaur luc*h.

Berkenaan dengan video yang telah tular sekaligus menaikkan amarah netizen terhadap individu tersebut, Ojen Aiwah keluarkan kenyataan menerusi IG story beliau untuk menjelaskan kejadian tersebut.

Dalam kenyataan tersebut, Ojen memohon maaf kepada netizen Sarawak kerana menggunakan ayat-ayat yang sensitif secara tidak sengaja dan tanpa usul periksa terlebih dahulu. Beliau menjelaskan bahawa dirinya turut merasa kecewa kerana merasa dirinya tidak dihormati.

image is not available
‘Jangan Beri Malu Sarawak’, Netizen Geram Individu Ini Ajar Ayat Kotor Dengan Ojen Aiwah

Rata-rata netizen terus-menerus mengungkapkan kemarahan mereka terhadap individu yang tidak bertanggungjawab itu serta mengecam kelakuan yang tidak senonoh itu.

image is not available

image is not available

Lagi artikel menarik, anda boleh baca pautan di bawah: