‘Jangan berlebihan ulas isu hina Islam, patuhi titah Agong’ – Ahmad Zahid Hamidi

Politics
21 Mar 2024 • 7:12 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menasihati semua pihak agar mematuhi titah Yang di-Pertuan Agong dan tidak berlebihan dalam mengeluarkan kenyataan dalam isu berkaitan penjualan stoking yang tertera kalimah Allah.

Perkara tersebut ujarnya harus diselesaikan dengan sebaiknya agar tidak timbul pemasalahan seterusnya dikaitkan dengan sentimen 3R (agama,raja,kaum).

“Mereka (pengilang) tiada tujuan pun bertindak demikian dan ketika lawatan dilakukan ke atas kilang itu, siasatan mendapati bukan kilang itu lakukan, sebaliknya ia barangan diimport dari China.

“Kita tahu ini suatu pengajaran yang agak mahal dan saya yakin semua pihak patuh kepada titah tuanku (Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim) dan kita selesaikan masalah ini dengan sebaiknya.

“Ini supaya tidak timbul sebarang permasalahan apatah lagi ia mungkin bertujuan bagi segelintir pihak untuk bangkitkan isu (3R). Oleh itu, jangan berlebihan dalam perkara ini.

“Kita tahu bahawa ini satu pengajaran yang agak mahal. Banyak pihak yang merasakan bahawa permohonan maaf itu telah dibuat dan kita menganggap mereka tidak mengetahui dan mereka tidak ada tujuan pun,” katanya.

Terdahulu, Sultan Ibrahim murka serta menzahirkan perasaan dukacita berhubung isu penjualan stoking yang tertera kalimah Allah. Justeru itu, Seri Paduka Baginda bertitah mahu tindakan sekeras-kerasnya diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah dalam isu ini.

Sumber: Astro Awani