‘Jangan biar diri ditindas, percaya boleh pergi jauh.’ Warganet support Shuhada Shukri, suruh buat bisnes

Entertainment
24 Feb 2023 • 12:44 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

Jangan biar diri ditindas, percaya boleh pergi jauh, warganet support Shuhada Shukri suruh buat bisnes

NAMA isteri pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri, 28, menjadi perhatian ramai selepas isu kecurangan yang tular di media sosial baru-baru ini.

Dalam perkembangan berkaitan, finalis Hero Remaja 2011/12 dan pelakon Mr Donat Karamel itu didakwa telah melafazkan cerai talak satu melalui panggilan telefon.

Memetik laporan Mstar, perkara itu disahkan adik Shuhada, yang dikenali sebagai Sofia yang memaklumkan Hafidz melafazkan cerai itu menerusi panggilan telefon di hadapan ahli keluarganya.

image is not available

Sementara itu sebuah portal berita melaporkan, permohonan perceraian itu akan difailkan pada 1 Mac ini, yang juga jatuh pada tarikh kelahiran Shuhada.

Menerima berita yang mendukacitakan itu, warganet memberikan sokongan buat Shuhada. Menerusi Insta Story, ibu kepada dua cahaya mata itu memaparkan galakan yang diterima daripada warga maya untuk bangkit dan kuat demi anak-anak dengan memulakan perniagaan.

image is not available

 

“Pergi buka akaun TikTok. Kami wanita nak beri sokongan dekat you dan anak-anak. Buat saja bisnes apa-apa kami nak sokong. Jangan biar diri ditindas. Kau boleh pergi lebih jauh daripada bekas suami. Ayuh. Move on,” tulis warga maya.

image is not available

Tersentuh dengan kata-kata warganet, pemegang ijazah bidang Pengurusan itu menitipkan ucapan terima kasih dan ucapan kesyukuran.

“Terima kasih Ya ALLAH. Semoga berbaliklah segala kebaikan untuk semua yang mendoakan Shu dan anak-anak,” kongsinya.

Mendirikan rumahtangga pada 30 April 2016 pada usia 22 tahun, Hafiz dan Shuhada dikurniakan dua orang anak iaitu iaitu Humairah, 6, dan Umar, 3.

Menurut Divorcemag, wanita boleh melakukan beberapa tip berikut untuk melalui tempoh sukar selepas penceraian;

1- Ambil sedikit masa untuk bersendirian dan ‘benarkan’ diri untuk bersedih. Jangan terus mencari pasangan lain untuk mengisi kekosongan hati. Bersendirian membantu anda membuat keputusan yang lebih baik pada masa hadapan.

2-Dekatkan diri kepada ALLAH. Titipkan doa semoga urusan anda dan anak-anak dipermudahkan.

3-Tulis jurnal tentang perasaan dan emosi yang dirasai dan cabaran yang dihadapi. Menulis jurnal bukan sahaja menyalurkan luahan malah memberikan inspirasi untuk memperbaiki diri.

4-Komunikasi lebih kerap dengan rakan dan keluarga ketika waktu sukar ini.

5-Motivasikan diri untuk mencapai kestabilan kewangan.

6-Jangan terburu-buru untuk melupakan semuanya, ambil masa untuk menenangkan diri. Dapatkan bantuan perubatan sekiranya anda tertekan atau depresi.

Bukan mudah untuk membina semula diri selepas penceraian. Selepas merenung, menerima dan menyedari bahawa anda boleh melaluinya, anda akan lebih kuat secara dalaman.

Untuk bertahan dan pulih dalam masa yang sangat sukar ini, anda memerlukan sokongan daripada rakan dan keluarga, usah bersendirian.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi