Jangan biar pihak luar tentukan

LocalPolitics
27 Jul 2025 • 10:21 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Jonathan Nicholas

Kota Kinabalu: Rakyat Sabah mesti mencontohi rakyat Sarawak dan belajar berfikir sendiri selain tidak lagi bergantung kepada pengaruh luar, jika mereka mahu maju.

Timbalan Pengerusi Gagasan Rakyat, Datuk Seri Masidi Manjun memberitahu perwakilan pada Mesyuarat Agung Tahunan parti itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Sabtu, bahwa rakyat Sabah mesti mencapai bukan saja kebebasan fizikal tetapi kebebasan mental, kerana kedaulatan sebenar terletak pada pemikiran, bukan semata-mata pada pilihan raya.

“Kita bukan hanya bercakap tentang tanah, sempadan atau siapa yang mentadbir. Kebebasan mental jauh lebih penting. Kita perlu berfikir sendiri, berdasarkan identiti kita sebagai rakyat Sabah, bukan mengikut apa yang pihak luar kata betul.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Sabah tidak boleh lagi menunggu arahan atau petunjuk orang luar untuk membentuk masa depannya. Kita harus cukup mencintai negeri ini untuk membentuknya sendiri dengan nilai kita, rentak kita dan suara kita,” katanya.

Masidi turut memetik lirik lagu negeri Sabah, “Sabah Tanah Airku, merdeka sepanjang masa”, yang menurutnya masih relevan dan mencerminkan wawasan pemimpin terdahulu yang wajar dibangkitkan dan dipertahankan.

“Rakyat Sabah sering membandingkan negeri ini dengan Sarawak, mengagumi kestabilan politik, kadar pembangunan serta perpaduannya.

“Tetapi untuk Sabah mencapai tahap itu, rakyat mesti terlebih dahulu mengubah sikap dan cara mereka berfikir.

“Kalau kita mahu jadi seperti Sarawak, maka kita perlu berfikir dan bertindak seperti rakyat Sarawak.

“Utamakan kestabilan politik. Utamakan kesinambungan. Di Sabah, isu terbesar kita ialah kerap bertukar kerajaan,” katanya.

Masidi membandingkan bagaimana Sarawak baru mempunyai enam Premier sejak dahulu, manakala Sabah sudah mempunyai 16 Ketua Menteri – gambaran jelas ketidakstabilan politik selama berpuluh tahun.

Beliau menyatakan sokongan terhadap cadangan mengehadkan tempoh jawatan Ketua Menteri kepada dua penggal, seperti yang dilaksanakan di peringkat Persekutuan.

Langkah itu, katanya, membolehkan peralihan kepimpinan yang lebih sihat dan mengelakkan tumpuan kuasa dalam satu tangan terlalu lama.

Katanya, cadangan itu telah dipersetujui secara dasar oleh Kabinet Negeri, namun memerlukan sokongan perundangan yang mencukupi untuk diluluskan di Dewan Undangan Negeri.

“Kabinet bersetuju secara prinsip. Tetapi sama ada kita mempunyai majoriti dua pertiga untuk meluluskan pindaan itu, itu persoalan lain. Namun kami percaya ini langkah yang betul.

“Pertukaran kerajaan yang terlalu kerap menyukarkan pelaksanaan rancangan jangka panjang, menyelesaikan isu asas infrastruktur, atau melaksanakan pembangunan yang konsisten.

“Setiap kali kita tukar kerajaan, semuanya kena mula dari awal. Jadi bagaimana kita mahu maju kalau asyik kembali ke titik permulaan?” katanya.

Masidi turut menegaskan bahawa Sabah mempunyai sumber, bakat dan potensi yang mencukupi tetapi apa yang kurang ialah kesanggupan untuk bekerjasama tanpa ego.

Beliau berkata, pemain politik di Sabah seringkali terlalu fokus kepada kemenangan individu, bukan kemenangan untuk rakyat.

“Inilah masalah kita. Semua mahu menang, tetapi tidak semua sanggup turun padang dan bekerja.

“Jika politik terus menjadi permainan siapa mesti menang dan siapa mesti kalah, kita tidak akan bersatu, dan Sabah akan terus terperangkap dalam kitaran lama yang sama,” katanya.

Masidi menyifatkan cara pemikiran seperti itu sebagai toksik, dan sudah tiba masanya budaya politik Sabah berkembang ke arah yang lebih matang, meninggalkan kepentingan peribadi sempit, dan memberi tumpuan kepada pembinaan negeri secara bersama.

Menjawab soalan mengenai sama ada komponen parti bersedia untuk bersatu menjelang pilihan raya negeri akan datang, beliau menegaskan bahawa inilah masa terbaik untuk menghentikan pertelingkahan kecil dan mula berfikir sebagai satu pasukan.

“Politik seharusnya bukan tentang siapa lebih berkuasa, tetapi siapa lebih sanggup bekerja,” tegasnya.