Jangan buang masa! Tok Mat tolak cadangan debat PRN -“Ini bukan pemilihan presiden”

LocalPolitics
23 Jul 2026 • 7:07 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menolak cadangan supaya calon menteri besar Barisan Nasional (BN) berdebat dengan penyandang Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, sambil menyifatkan perkara itu hanya membuang masa kerana Pilihan Raya Negeri (PRN) bukan pemilihan presiden.

Fokus BN nak pastikan kemenangan

Memetik laporan daripada FMT, beliau menyatakan fokus utama BN ketika ini adalah memastikan kemenangan dalam PRN Negeri Sembilan, bukannya mengadakan debat antara calon pemimpin negeri.

“Tak perlu debatlah. Ini bukan pemilihan presiden. Kalau pemilihan presiden bolehlah berdebat. Jangan buang masa,” katanya pada sidang media selepas program santai bersama Tok Mat Hasan di DUN Chembong sempena PRN Negeri Sembilan.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Pakatan Harapan (PH) yang tidak menolak kemungkinan mengadakan debat terbuka antara Aminuddin dan calon BN, Jalaluddin Alias, sekiranya BN mengesahkan Ahli Parlimen Jelebu itu sebagai calon menteri besar.

Image from: Jangan buang masa! Tok Mat tolak cadangan debat PRN -“Ini bukan pemilihan presiden”

Nafi ciplak manifesto parti lain

Dalam perkembangan sama, Mohamad turut menafikan dakwaan bahawa manifesto BN bagi PRN Negeri Sembilan menciplak manifesto parti lain termasuk Gabungan Rakyat Sabah (GRS), sebaliknya menyifatkan dakwaan tersebut sebagai sebahagian daripada perang psikologi.

“Manifesto ini…sebabnya kita mahu menyambung kerja-kerja yang tergendala selepas BN tewas pada 2018,” katanya.

Image from: Jangan buang masa! Tok Mat tolak cadangan debat PRN -“Ini bukan pemilihan presiden”

Menurut beliau, manifesto yang bakal dilancarkan itu dirangka bagi meneruskan agenda pembangunan negeri serta menyambung dasar dan projek yang terhenti selepas BN kehilangan kuasa pada 2018.

Sementara itu, Mohamad menjelaskan BN masih belum membuat keputusan mengenai calon ‘poster boy’ bagi PRN Negeri Sembilan kerana tumpuan ketika ini adalah memastikan kemenangan parti terlebih dahulu.

“Kita belum bercakap mengenai ‘poster boy’. Yang penting sekarang kita buat kerja, jalankan kempen dengan baik dan pastikan BN menang dahulu. Selepas itu, parti akan membuat keputusan siapa yang sesuai diketengahkan,” katanya.

Sumber: Berita FMT (Faiz Zainudin)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved