“Jangan Buat Orang Meluat Dengan Ko” – Netizen Tegur Man Raja Lawak Bergurau Isu Rohingya Di Malaysia

LocalEntertainment
14 Jun 2026 • 11:58 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Pelawak Man Raja Lawak mencetuskan pelbagai reaksi selepas berkongsi sebuah video berlatar belakangkan flat haram penempatan Rohingya di Hulu Langat Selangor.

Dalam video berkenaan, kelihatan Man berdiri bersama sekumpulan orang merayu untuk terus tinggal di Malaysia.

Video Man Raja Lawak terima reaksi kurang senang

man raja lawak
Kredit: Thread Man Raja Lawak

Abang tuan encik boss orang-orang Malaysia jangan marah lah. Ini rumah pun mau marah kah? Kita duduk pun api tak ada, air tak ada, makan pun bubur saja. Takkan tak boleh? Sikit saja kasi tolong. Kita tidur atas batu tau, mandi pun air hujan. Tolong lah sikit kata orang Malaysia banyak baik, orang Malaysia hati baik. Sekejap lagi 50 tahun duduk sini okay kita pergi. Apa macam?

Perkongsian itu bagaimanapun menerima pelbagai teguran daripada netizen yang merasakan kandungan tersebut kurang sesuai, khususnya ketika isu berkaitan komuniti Rohingya sedang hangat diperkatakan.

rohingya

Ada juga netizen yang mempersoalkan sama ada video tersebut dijana menggunakan teknologi AI.

Man tolong le padam video ni. Sekarang orang panas dengan Rohingya ni. Hang nak berlawak p le program OMEGA sana.

Bagaimanapun, setakat perkongsian tersebut, tidak dapat dipastikan sama ada video itu dihasilkan sendiri oleh Man, disunting pihak lain atau sekadar kandungan parodi menggunakan teknologi AI.

Selain mempersoalkan sensitiviti kandungan, sebahagian netizen turut mengakui tidak memahami mesej sebenar yang ingin disampaikan menerusi video berkenaan.

Pssttt! Lawak juga perlu melihat keadaan dan sensitiviti semasa. Walaupun kandungan itu mungkin sekadar parodi atau hasil suntingan AI, mesej yang kurang jelas boleh mengundang salah faham serta menyinggung pihak tertentu. Lebih baik setiap kandungan dinilai terlebih dahulu sebelum dikongsikan kepada umum.

Kredit: Thread @manrajalawak
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post “Jangan Buat Orang Meluat Dengan Ko” – Netizen Tegur Man Raja Lawak Bergurau Isu Rohingya Di Malaysia appeared first on Oh! Media.