Jangan buat pembelian panik, kita belum sampai tahap seperti di Eropah

LocalPolitics
4 Nov 2026 • 3:18 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Jangan buat pembelian panik, kita belum sampai tahap seperti di Eropah

PASIR MAS – Orang ramai tidak perlu panik atau membuat pembelian barangan makanan secara berlebihan susulan kebimbangan terhadap fenomena Super El Nino kerana bekalan makanan negara ketika ini masih stabil dan mencukupi.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, bekalan makanan negara masih terkawal dan belum mencapai tahap krisis seperti yang berlaku di beberapa negara Eropah.

Katanya, kementerian bagaimanapun sentiasa mengambil langkah persediaan awal bagi menghadapi kemungkinan cuaca panas berpanjangan yang berpotensi menjejaskan sektor pertanian, khususnya tanaman padi, sayur-sayuran dan perikanan pantai.

“Justeru, orang ramai tidak perlu panik kerana bekalan makanan negara ketika ini masih mencukupi. Kita belum sampai ke tahap seperti di Eropah (krisis makanan).

“Kementerian sedang memantau perubahan cuaca dengan kerjasama Jabatan Meteorologi bagi memastikan persediaan dapat dilakukan lebih awal,” katanya selepas merasmikan Majlis Penyampaian Bantuan Skim Takaful Tanaman Padi dan Ramah Mesra Bersama Pesawah Negeri Kelantan di Bendang Belukar di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Mohamad berkata, pihaknya bersedia melaksanakan operasi pembenihan awan di Kedah sekiranya keadaan cuaca memerlukan tindakan tersebut.

Katanya, langkah itu penting berikutan sumber bekalan air di negeri itu bergantung kepada empangan termasuk Empangan Pedu.

“Ketika ini, paras air di tiga empangan di Kedah masih berada pada tahap baik, namun keadaan boleh menjadi kritikal sekiranya tiada hujan dalam tempoh panjang.

“Jika keadaan itu berlaku, kita akan cuba melaksanakan pembenihan awan dengan kerjasama Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah,” ujarnya.

Beliau berkata, sekiranya bekalan air mencapai tahap kecemasan, keutamaan akan diberikan kepada kegunaan domestik termasuk bekalan air minuman, manakala pengairan sawah mungkin terpaksa ditangguhkan. – KOSMO! ONLINE

The post Jangan buat pembelian panik, kita belum sampai tahap seperti di Eropah appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved