
PUTRAJAYA: Selepas beberapa hari lalu meluahkan hasrat supaya jawatan dipangkunya di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) diisi segera, Armizan Mohd Ali hari ini meminta semua pihak tidak membuat spekulasi berkaitannya.
Beliau berkata, sebarang keputusan terserah kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim sungguhpun mengakui memang ada keperluan mengenai pengisian jawatan berkenaan.
“Saya fikir lebih baik tidak membuat spekulasi. Jangan memberi tekanan kepada perdana menteri. Pelantikan itu adalah kuasa beliau dan perkenan Yang di-Pertuan Agong.
“Kalau kita buat sebarang spekulasi dan bercakap lebih banyak, lagi lambat perdana menteri mengisi tempat ini. Kita tunggu sahaja,” katanya selepas Majlis Penyerahan Sijil Kelulusan Pendaftaran Francais dan Lesen Jualan Langsung.
SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more Jumaat lalu, Armizan meluahkan hasratnya agar jawatan itu diisi segera, susulan ura-ura rombakan Jemaah Menteri yang bakal dibuat dalam masa terdekat.
Memangku jawatan itu sejak 30 Julai lalu susulan kematian Salahuddin Ayub, beliau mengakui komitmen tinggi diperlukan dan cabaran kepada kerajaan dalam menangani isu kos sara hidup.
Armizan secara berseloroh menyebut: “ Sejak memangku, kepala saya yang sedia botak pun semakin licin. Rambut pun takut mahu tumbuh.”
Pada 27 Sep lalu, Anwar berkata beliau masih sedang memikirkan tentang rombakan Jemaah Menteri yang bakal dibuat antaranya untuk mengisi kekosongan ditinggalkan Salahuddin.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.


