“Jangan Cakap Kami Tak Pandai Jaga Anak..” – Lebam-Lebam & Benjol Di Dahi Anak, Shila Amzah Kongsi Hal Sebenar

Entertainment
11 Jan 2024 • 11:01 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penyanyi popular Shila Amzah baru-baru ini telah memuat naik sebuah video yang menjelaskan punca sebenar benjolan yang ada pada dahi anaknya, Seth Uwais yang berumur 5 tahun itu.

Anak lasak

Jelasnya, benjolan tersebut ada kerana sikap anak lelakinya yang lasak di sekolah hingga ada kesan lebam dan benjol disebabkan bermain bersama budak lelaki yang lain.

Nanti nampak dalam video Seth ada benjol dekat dahi bukan fasal Mama dan Papa tak reti jaga. Dia budak lelaki, terhantuk, lebam dekat tangan. Fight-fight dengan budak.

image is not available

Sumber : Instagram  

Yang penting aktif dan gembira

Kata Shila juga untuk mengelakkan sebarang spekulasi, dirinya minta untuk jangan menuduhnya dan suami yang bukan-bukan. Yang penting, anak lelakinya itu sihat dan gembira.

Jadinya, untuk yang berkenaan, jangan nak cakap Sha dengan Ubai tak pandai jaga anak pulak okay. Biasalah anak lelaki lasak.

Yang penting dia aktif dan sihat. See, he is happy.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shila Amzah (@shahilaamzah)

Sebagai info, Shila pernah bernikah dengan bekas suaminya namun bercerai pada April 2018 dan dikurniakan seorang anak lelaki sebelum berkahwin buat kali kedua bersama Ubai pada Ogos tahun lalu.

image is not available 7 days ago

"Doakan Kandungan Saya.." - Shila Amzah Kongsi Berita Gembira, Kini Hamil Anak Sulung Bersama Ubai