'Jangan campur urusan DKU'

LocalPolitics
21 Oct 2026 • 9:40 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 'Jangan campur urusan DKU'
Krisis yang sedang berlaku di Negeri Sembilan diharap segera berakhir.

BAGUS sangatlah nasihat Presiden UMNO dan BN kepada Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Negeri Sembilan (NS).

Kata beliau, “Jangan campur lagi urusan Dewan Keadilan dan Undang (DKU).” Sudah keruh sangat hal di NS. Hal adat jadi isu besar politik.

Apa yang berlaku Jumaat lalu di sebuah masjid di NS amat memalukan. Awang tidak ingat seorang raja begitu murka terhadap Menteri Besar seperti apa yang berlaku hari itu.

Menteri Besar NS, Datuk Ismail Lasim dimurkai secara terang-terangan di hadapan orang ramai. Videonya menjadi viral dan ditonton berjuta kali.

Awang tidak tahu apakah beliau akan mohon maaf pada Yang di-Pertuan Besar NS. Tindakan beliau yang angkat sumpah setia dan sumpah jawatan bersama Exconya tetapi kemudiannya menulis surat pada Pemegang Mohor Raja-Raja Melayu bahawa raja yang di hadapannya beliau bersumpah bukan raja yang sah tentulah mengejutkan. Tidak hairanlah jikalau Yang di-Pertuan Besar begitu murka.

Awang juga tidak hairan jikalau MB dan 16 yang lain dihadapkan atas dasar hina mahkamah. Semoga tindakan Ismail itu jadi pengajaran pada semua. Awang juga berharap krisis di NS ini akan reda.

Bagi Ismail sendiri beliau bukan sahaja ada tanggungjawab jawatan tetapi tanggungjawab moral sebagai pemimpin tertinggi negeri. Beliau harus mengambil tanggungjawab penuh sebarang tindakannya. Jangan sampai nasi menjadi bubur akhirnya.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved