Perbuatan jenayah membawa padah dan tindakan berkenaan seterusnya tidak terlepas dari hukuman penjara. Dan setiap hukuman penjara yang dikenakan berbeza dengan kesalahan masing-masing.
Bercerita tentang penjara, seorang lelaki berkongsikan mengenai penjara yang terdapat di Thailand. Katanya, Thailand mempunyai 114 pusat tahanan.
teruk penjara malaysia teruk lgi di negara jiran,jdi beringt jgn smp kena pnjara di luar negara kita
Antara penjara yang paling digeruni adalah Bangkwang Central Prison atau lebih dikenali sebagai Big Tiger.
“Masuk ke penjara ni diibarat masuk ke perut harimau, tak akan keluar dah. Tu semua penjenayah yang hard core dan susah dikawal.
“Ada mitos yang kata sesiapa yang masuk ke situ akan kekal disitu dan hanya keluar sebagai mayat.
“Mula tahun 2003, hukuman diganti suntikan maut. Kat sini juga terkenal dengan Bangkok Hilton sebab ramai banduan asing,” katanya.
Klong Prem Central Prison pula penjara yang tempatkan banduan dengan hukuman penjara 10 hingga 50 tahun. Katanya juga antara banduan yang terkenal di penjara berkenaan adalah pemberi maklumat berkenaan 1MDB, Xavier Justo.
Kongsinya juga, ada penjara yang memuatkan banduan melebihi kapasiti yang telah ditetapkan dan telah mencatatkan penjara di Thailand merupakan penjara yang terpadat di Asia Tenggara.
Penjara di sana juga katanya tiada istilah selesa apabila banduan terpaksa tidur berhimpit dengan bermacam-macam haiwan dan serangga.
“Orang sini dia rasa banduan tu berhak dapat layanan macam tu, lebih kurang macam karma bagi mereka,” katanya.
Jelasnya, dapat dilihat perbezaan antara penjara di Thailand dan juga di Malaysia.
Sumber: TikTok anokganu
The post ‘Jangan cari pasai kat sini’ – Lelaki kongsikan suasana penjara di Thailand appeared first on The Reporter.


