Jangan cemas, Pulpak jalani latihan tembakan di Taiping

LocalPolitics
14 Nov 2024 • 10:17 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mohamad Nasir

TAIPING - Pusat Latihan Peperangan Khusus (Pulpak) Kem Sungai Udang akan melaksanakan latihan pengiring orang kenamaan dan covert manouvre di sekitar Taiping bermula Jumaat hingga 2 Disember depan.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ismail berkata, latihan tersebut melibatkan 45 peserta kursus termasuk pegawai dan jurulatih dengan membawa senjata api (pistol glock) dan senjata panjang (M4 carbine) beserta lapan butir peluru (blank) setiap seorang.

Menurutnya, anggota-anggota pengiring berkenaan berpakaian preman, coverall, celoreng dan casual smart sepanjang latihan berlangsung.

"Semasa latihan akan berlaku insiden tembak-menembak menggunakan peluru blank di beberapa lokasi yang telah ditetapkan.

"Begitupun insiden ini tidak mengancam keselamatan orang awam dan kita minta orang ramai tidak gusar atau bimbang dengan insiden dan situasi sepanjang latihan tersebut," katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.

Beliau berkata, terdapat jalan-jalan yang akan ditutup sementara, ketika latihan dijalankan.

"Kita minta orang ramai memberi kerjasama dan mematuhi arahan polis bagi melancarkan latihan dan pergerakan lalu lintas," katanya.

View Original Article