“Jangan cetus panik dan teori mengenai tahap kesihatan Ahli Parlimen Pulai”: Amanah Johor

LocalPolitics
30 Apr 2025 • 1:16 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Johor meminta semua pihak supaya tidak menyebarkan kenyataan yang tidak sah serta menambah ketegangan berhubung kesihatan Ahli Parlimen Pulai, Suhaizan Kaiat, yang dilaporkan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat jangkitan kuman.

Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan berkata, Suhaizan, yang dirawat di sebuah hospital di Johor Bahru, kini berada dalam keadaan stabil.

Jelasnya, maklumat dan sumber yang diperolehi mengenai keadaan Suhaizan telah menimbulkan panik sehingga mencetuskan pelbagai teori dan persepsi berhubung kesihatan beliau.

“Amanah Johor berharap agar segala persepsi ini dapatlah dihentikan dan kami dari Amanah Johor akan memaklumkan situasi terkini Suhaizan kepada umum.

“Amanah Johor berharap agar tidak ada pihak yang mendahului maklumat dengan menyebarkan kenyataan yang tidak sah serta menambah tegang terhadap situasi serta kesihatan YB Suhaizan,’’ katanya menerusi kenyataan hari ini.

Terdahulu, media melaporkan Suhaizan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital swasta, di Johor, malam tadi, selepas paras oksigennya menurun akibat jangkitan kuman.

Berita Harian yang memetik Aminolhuda berkata, keadaan Suhaizan, yang juga bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor itu, kini stabil, namun memerlukan pemantauan berterusan selepas paras oksigen dalam badan menurun
.
“Memang benar, Suhaizan dimasukkan ke hospital sejak Isnin lalu akibat jangkitan pada usus dan paras darah putih yang tinggi menyebabkan bacaan oksigen rendah,’’ katanya. - 30 April, 2025

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved