“Jangan Confuse Antara Jadi Lelaki Alpha & Kurang Ajar” – Nazrudin Rahman ‘Sindir’ Siapa?

19 Jan 2023 • 4:54 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini, suami kepada pelakon Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang mendapat perhatian orang ramai selepas berpendapat seorang lelaki perlu menjadi alfa dan dominant agar perempuan akan lebih tertarik kepada mereka.

Jadi, masa saya nak ngorat Fatin, tak banyak usaha sangat pun. Yang banyak usaha, Fatin.

Bagaimanapun, kenyataan yang dikeluarkan oleh Alif atau lebih dikenali sebagai Opai itu telah mengundang pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial.

Rata-rata netizen telah meluahkan rasa kurang senang dengan jawapan pempengaruh itu dan menganggap ianya merupakan salah satu ‘redflag’ pada seseorang lelaki.

Malah, kenyataan tersebut turut mendapat perhatian pengacara selebriti, Nazrudin Rahman yang berpendapat seorang lelaki alfa tidak akan membangga diri mengenai sifat alfa mereka di media sosial.

Kepada ‘wannabe’ alphas, alfa sebenar tak kecoh di TikTok.

Sebaliknya, Nazrudin berkata lelaki sejati akan lebih memahami tentang ketakutan diri mereka dan tidak akan lari atau mengabaikan rasa tersebut.

Lelaki sejati akan mampu kawal dan mampu mengaku kelemahan mereka.

Bukan itu sahaja, pengacara Jalan-Jalan Cari Makan itu turut meminta para lelaki untuk tidak keliru antara menjadi lelaki alfa dengan lelaki yang bersikap kurang ajar.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 4 hari lalu

"Masa Aku Ngorat Dia, Tak Banyak Effort Pun" - Jawapan Suami Fatin Afeefa 'Mengundang', Netizen Label 'Redflag'