“Jangan Datang Konsert Niat Nak Raba Orang” SOG Beri Amaran

Music
17 Jun 2022 • 2:05 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gambar Instagram SOG

Kugiran Sekumpulan Orang Gila (SOG) memberi amaran kepada semua pengunjung yang datang ke mana-mana konsert untuk menjaga tatasusila dan tidak melakukan perkara yang boleh menjejaskan nama baik mana-mana pihak.

image is not available

Pemenang Anugerah Juara Lagu ke-36 itu mengulas insiden gangguan seksual yang dilaporkan di beberapa konsert dan persembahan kumpulan itu beberapa minggu lalu.

“Gangguan seksual adalah perkara yang sangat berat. Dua kali terjadi perkara sebegini dalam persembahan kami hujung minggu lalu. 

“Selagi boleh, kami nak pengunjung berasa selamat dan ada cerminan diri yang bagus. Kita tak nak ada golongan abuser ini dalam scene kami. Mereka menyebabkan ramai orang takut nak turun ke konsert dan memberikan sokongan,” kata Raja Nazmin Shah yang juga merupakan pemain dram kumpulan ini.

image is not available

Vokalis kumpulan SOG, Raja Nazrin Shah juga memberi amaran kepada semua pengunjung yang bakal menghadiri mana-mana konsert selepas ini untuk datang memeriahkan persembahan dengan niat yang betul.

“Kita tak mahu perkara sebegini terjadi lagi. Bukan hanya di konsert kami, tetapi di mana-mana persembahan sekalipun. Ada banyak grey area dalam kes ini dan kami tidak mahu saling menyalahkan.

“Cuma, kami nak ingatkan agar datang ke konsert dengan niat yang betul iaitu berseronok. Bukannya dengan niat nak meraba orang lain,” tegasnya ketika ditemui Getaran di majlis sidang media Sound Circus Festival 2022.

image is not available

Para pengunjung khususnya wanita disarankan untuk membawa teman sekiranya mahu ke konsert sebegini. SOG juga mengingatkan pengunjung lelaki agar memberi ruang dan sama-sama menjaga keselamatan pengunjung wanita di mana-mana persembahan.

“Perempuan akan jadi minoriti dalam festival seperti ini. Jadi, kita para lelaki sama-samalah jaga keselamatan dan berikan ruang kepada mereka untuk turut menikmati konsert. Kita kena sama-sama seronok,” tambah Raja Nazrin.

Sekumpulan Orang Gila bakal tampil membuat persembahan di acara kemuncak 'Art of Speed Malaysia' di Sound Circus Festival yang diadakan pada 2 dan 3 Julai ini. 

Sound Circus Festival akan diadakan di dua lokasi yang berbeza, di dalam dan luar dewan MAEPS dengan membariskan nama-nama hebat seperti Kumpolan Tangan Hitam, Late Night Frequency, Prasasti, Sweetass, King I Balok People, Iqbal M, Sekumpulan Orang Gila, Hujan, Monotones, Budak Nakal Hujung Simpang, Kugiran Di Tepi Pantai, Akeem Jahat, Ical Mosh, Armpunk Sindicate, Jemson dan The Times.

image is not available

Hanya beberapa hari sahaja Sound Circus Festival diwar-warkan di media sosial, tiket berharga RM90 telah pun habis dijual. Namun, tiket kombo pameran dan persembahan masih dijual dengan harga RM110. Bagi yang ingin menyaksikan pameran dan persembahan dalam dewan sahaja, tiket berharga RM35 dan RM55 untuk kemasukan sejam awal masih lagi dijual.

Untuk maklumat lanjut boleh ke Instagram @artofspeedmy - Getaran, 17 Jun 2022

View Original Article