Jangan ganggu usaha pembangunan semula bandar - PM Anwar

LocalPolitics
15 Mar 2025 • 4:21 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengingatkan pelbagai pihak supaya tidak menganggu hasrat kerajaan membantu golongan miskin di bandar, dengan menganjurkan perhimpunan bagi membantah Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB).

Beliau berkata usaha yang dilakukan kerajaan menerusi penggubalan RUU itu bertujuan untuk membela nasib rakyat miskin yang sekian lama terpaksa menetap di flat usang dan daif dengan kapasiti satu bilik dan satu bilik air, di Kuala Lumpur.

“Kita nak gunakan undang-undang ini untuk bangunkan semula supaya orang Melayu di bandar Kuala Lumpur umpamanya tidak hidup merempat, setelah 50 tahun, 60 tahun macam itu juga.. satu kamar (tapi) ditentang, nak buat perhimpunan.

“Saya nak beritahu mereka, jangan cabar kita. Kita nak bela nasib orang miskin, majoriti Melayu, sebahagian kecilnya India dan ada juga Cina, tapi kamu nak ganggu.

“Kalau dia buat himpunan, kita boleh buat perhimpunan satu stadium untuk pertahankan dasar membela nasib orang Melayu,” kata Anwar ketika merasmikan Wakaf MARA MADANI di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, hari ini.

-- Lagi akan datang