
PETALING JAYA - Pemimpin politik tidak seharusnya menggunakan alasan agama atau kaum bagi mempertikai tindakan pihak penguatkuasa membanteras isu rasuah, tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim
Menurut Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu, Malaysia kini berada di ambang kerosakan akibat rasuah yang sudah menjadi sebahagian dalam sistem negara.
"Percayalah, setelah beberapa bulan dalam kerajaan, saya lebih yakin masalah ini memang rumit dan sukar dirungkai.
"Soal pembekuan akuan parti politik bukan baharu. Semasa akaun parti UMNO dibeku, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi sokongan yang kuat mempertahankan tugas profesionalisme Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Sekarang pembekuan itu dilakukan terhadap akaun Bersatu kerana jumlahnya besar dan dikaitkan juga dengan beberapa keputusan kerajaan di bawah pimpinan beliau," katanya ketika sidang media di ibu pejabatnya, di sini pada Isnin.
Beliau berkata demikian bagi mengulas isu mengenai pembekuan beberapa akaun milik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) baru-baru ini.
AKAN MENYUSUL
