Jangan ikut emosi pinda Akta Kanak-Kanak

LocalPolitics
5 Oct 2026 • 3:05 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Jangan ikut emosi pinda Akta Kanak-Kanak

KUALA LANGAT- Sebarang cadangan meminda Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611), termasuk meningkatkan hukuman terhadap pelaku pembunuhan, perlu dibuat secara berhati-hati dan tidak berlandaskan emosi.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, setiap peruntukan dan hukuman dalam akta berkenaan perlu mengambil kira kepentingan semua pihak termasuk pelaku dan mangsa.

“Saya tidak menolak cadangan (minta kerajaan menjalankan hukuman lebih berat kepada pembunuh di bawah Akta 611), tetapi sebarang peruntukan dan tambahan hukuman perlu dilihat dalam semua aspek.

“Apa-apa sahaja peruntukan dan hukuman bukan sahaja dikaji dan dibuat oleh Ahli Parlimen, malah pakar dalam bidang tersebut dilibatkan supaya hukuman yang ditetapkan dalam akta adalah adil kepada semua,” katanya di sini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas gesaan orang ramai terutama netizen supaya hukuman lebih berat dikenakan terhadap remaja yang melakukan pembunuhan di bawah Akta 611. – KOSMO! ONLINE

The post Jangan ikut emosi pinda Akta Kanak-Kanak appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved