Perkongsian video memaparkan usahawan dan selebriti, Neelofa, membuat ulasan makanan ‘nasi bukuh’ yang dijual ibunya, Datin Noor Kartini, menarik perhatian wargamaya di TikTok.
Rata-rata pengguna media sosial teruja untuk mencuba makanan berkenaan. Bagaimanapun, terdapat juga netizen yang meninggalkan komen sinis dengan mendakwa harga makanan tersebut mahal, sama seperti nasi ayam yang dijual oleh ibu Neelofa sebelum ini.
Antara komen yang ditinggalkan ialah persoalan mengenai harga makanan tersebut.
“Berapa sebungkus RM35 ke?
“Haha RM55 kot,” komen beberapa netizen.
Membalas komen berkenaan, Neelofa menjelaskan harga ‘nasi bukuh’ ibunya adalah sama seperti harga nasi berlauk Kelantan yang dijual di Kuala Lumpur.

“Sama je harga dengan nasi-nasi berlauk Kelantan yang jual di KL ni. Jadi jangan jahat sangat jari tu nak komen kalau tak tengok video betul-betul.”
“Korang ni jenis-jenis manusia komen tapi tak tengok konten. KAN DAH LETAK BERAPA HARGA DALAM VIDEO TU!” tegasnya.
Menerusi video tersebut, Neelofa turut memaklumkan harga makanan berkenaan iaitu RM8 untuk satu bungkus nasi.
Perkongsian itu sekali gus menjelaskan persoalan mengenai harga ‘nasi bukuh’ yang menjadi perhatian dalam ruangan komen.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

"Korang Jadi Pencacai Kayakan Dia" - Individu Menyesal Jadi Ejen, Zarina Anjoulie Persoal Kadar Komisen Produk Susu Pisang Milik Neelofa
The post “Jangan Jadi Jahat Sangat Jari Tu” – Netizen Persoal Harga Nasi Bukuh Mama Tini, Neelofa ‘Naik Angin’ first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
