Jangan Jadikan Dewan Rakyat Seperti 'Sarkas' - Anwar Ingatkan Ahli Parlimen

Politics
20 Dec 2022 • 10:50 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Anwar telah menegur semua ahli Parlimen agar hormati Dewan Rakyat dan menjaga tatasusila ketika berbahas. - Gambar Bernama

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Ahli Parlimen supaya tidak melanggar tatasusila Dewan Rakyat dan menjadikannya sebagai 'sarkas'.

Anwar memberi ingatan berkenaan selepas tercetus kekecohan semalam ketika Ahli Parlimen berbahas mengenai usul percaya ke atas kepimpinannya semalam.

"Saya telah memaklumkan kepada Timbalan Perdana Menteri II (Datuk Seri Fadillah Yusof) dan (kerajaan) ketua whip untuk memaklumkan kepada Ahli-Ahli Parlimen supaya mematuhi tatasusila Parlimen dan tidak bertindak keterlaluan,'' katanya.

"Saya berharap supaya Ketua Pembangkang (Datuk Seri Hamzah Zainuddin) akan melakukan perkara sama untuk Perikatan National (PN). Kita boleh bersetuju untuk tidak bersetuju dan berdebat tetapi bukan sehingga orang menyifatkan Parlimen sebagai 'sarkas','' katanya. - The Vibes, December 20, 2022

BERITA LANJUT MENYUSUL