Jangan jadikan IPT medan politik! Datang timba ilmu bukan tabur fitnah – Sultan Kedah

LocalPolitics
9 Nov 2025 • 4:30 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah menegaskan institusi pengajian tinggi (IPT) tidak seharusnya dijadikan medan politik kerana ia tempat menimba ilmu, bukannya untuk menabur fitnah.

“Andai ilmu dijadikan alat untuk berpolitik dan fitnah, perkara itu akan memusnahkan kepercayaan rakyat dan merencatkan masa depan generasi akan datang.
“Beta menyeru agar semua pihak hendaklah bersatu dalam memastikan institusi pengajian tinggi di Malaysia berintegriti dan berpaksikan kebenaran,” titah baginda pada Majlis Konvokesyen Universiti Utara Malaysia (UUM) ke-38 di Dewan Mu’adzam Shah, Sintok, hari ini.

image is not available

Jangan jadikan IPT medan politik

Tuanku Canselor UUM itu menegaskan universiti harus menjadi jambatan perpaduan, bukannya tembok perpecahan, sambil menzahirkan rasa bangga terhadap pencapaian UUM yang kini berada di tangga ke-491 terbaik dunia serta unggul dalam pendidikan berkualiti dan inovasi.

image is not available

Baginda turut merakamkan ucapan tahniah kepada 6,832 graduan yang menerima ijazah masing-masing dalam sembilan sesi konvokesyen UUM bermula hari ini sehingga 13 November.

image is not available

Dalam titahnya, Sultan Sallehuddin menasihati graduan supaya menggunakan ilmu dengan bijaksana serta menjadi individu yang membina dan menyatukan masyarakat.

Sumber: Malaysiakini

View Original Article