Jangan jadikan perbezaan politik punca perpecahan

LocalPolitics
19 May 2025 • 4:36 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Iskandar Dzulkifli

KUALA PENYU: Rakyat Sabah diseru supaya tidak menjadikan perbezaan pandangan politik sebagai punca perpecahan, sebaliknya terus memperkukuh perpaduan demi kemajuan dan kestabilan wilayah ini.

Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam berkata, berlainan ideologi politik perkara biasa dalam sistem demokrasi, namun ia tidak seharusnya menggugat keharmonian dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama di Sabah.

“Perbezaan pandangan politik tidak wajar menjadi punca berpecah belah. Rakyat Sabah harus bersatu kerana hanya dengan perpaduan kita mampu mencapai kemajuan dan mempertahankan hak serta kepentingan Sabah.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Muafakat yang telah lama diamalkan ini perlu terus dipelihara agar tidak terjejas oleh sentimen politik sempit,” katanya ketika berucap merasmikan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Kuala Penyu, di sini.

Hadir sama wakil rakyat Kuala Penyu yang juga Pembantu Menteri Jabatan Kerja Raya (JKR), Datuk Limus Jury serta barisan kepimpinan daerah Kuala Penyu.

Sementara itu, Limus berkata, Pesta Kaamatan tidak terhad diraikan oleh masyarakat Kadazan, Dusun, Murut, Rungus dan lain-lain (KDMR) saja tetapi turut melibatkan semua kaum yang merupakan kebiasaan budaya sejak dulu lagi.

Katanya, ia seiring dengan tema sambutan Pesta Kaamatan tahun ini iaitu ‘Kaamatan Untuk Semua’ kerana masyarakat di Sabah tanpa mengira kaum dan agama menyambut semua perayaan diadakan.

“Sambutan Kaamatan menjadi lambang kekuatan dan keharmonian rakyat Sabah yang hidup aman damai serta saling menghormati antara satu sama lain,” katanya.

Terdahulu, Joachim turut menyampaikan bantuan pendidikan Yayasan Limus Jury kepada beberapa penerima di majlis itu.

View Original Article