“Jangan Kata Nak Beli, Tapi Tak Ada Apa” – Zamsaham Beri Respon DS Vida Nak Beli Kelantan FC

6 Jun 2023 • 1:32 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Sebelum ini kami ada melaporkan yang usahawan, Dato Seri Vida sedia untuk selamatkan kelab bola sepak Kelantan FC dan letakkan anaknya, Kacak sebagai pengurus.

image is not available

Menurut laporan Harian Metro, pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman juga bersedia untuk berunding dengan DS Vida yang perlu letakkan satu harga yang merangkumi nilai semasa kelab dan lain-lain.

Kalau betul dia (Vida) berminat, boleh jumpa saya dan sediakan surat serta cadangan harga yang dia mahu.

Kemudian kita akan lihat adakah nilai itu sesuai atau sebaliknya. Janganlah guna media untuk cakap nak beli, tapi akhirnya tak ada apa-apa.

Kalau betul-betul, kita boleh bincang dan tentukan nilai sebenar. Dulu masa saya nak ambil Kelantan pun saya datang jumpa Kafa (Persatuan Bolasepak Kelantan).

Dalam masa dua minggu saja sudah selesai pengambilalihan pasukan. Jadi dia kena buat perkara sama, datang jumpa dan kita bincang.

Korang rasa betul ke DS Vida bakal selamatkan pasukan Kelantan FC sepertimana yang dia katakan? Apapun, sama-samalah kita tunggu ya..

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.