Jangan Kecewa, Tiket Konsert Yunaverse Belum Sold Out

Music
9 Aug 2023 • 8:13 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

Setelah ramai yang kecewa dek kerana gagal mendapatkan tiket konsert Yunaverse, pihak penganjur akhirnya melakukan sedikit perubahan dengan ‘seating arrangement'.

Perkara ini diumumkan oleh Yuna sendiri menerusi akaun Instagram miliknya.

“Kami mendengar anda dan kami telah menjadikan Yunaverse sebagai sebuah acara berdiri dan duduk.. kini kita semua boleh menikmatnya bersama-sama! Terima kasih kepada pihak penganjur kerana bertindak balas dengan pantas terhadap permintaan kami!,” ulas Yuna.

image is not available
Peminat masih lagi berpeluang untuk memiliki tiket ke konsert Yunaverse.

Jadi, tunggu apa lagi? Jika anda antara mereka yang kecewa, cepat-cepat rebut tiket berdiri Yunaverse yang berharga RM899 (Y5), RM369 (Rouge) dan RM259 (Chapters).

Perlu diingatkan, sehingga artikel ini ditulis, tiket-tiket masih ada, namun terhad.

Sila klik pautan ini untuk membuat pembelian, https://lolasia.bigtix.io/booking/YUNAVE23/seats.

Konsert Yunaverse bakal berlangsung di Mega Star Arena, Kuala Lumpur, pada 22 Oktober hadapan, dan ia akan turut menampilkan Aizat Amdan atau AI.Z sebagai penyanyi undangan.

Penjualan tiket telah dibuka terlebih dahulu kepada ahli #yunational sehari lebih awal sebelum terbuka kepada orang awam pada 8 Ogos, jam 12 tengah hari. – Getaran, 9 Ogos, 2023