Jangan klik pautan palsu berkaitan STR - Fahmi

LocalPolitics
19 Apr 2025 • 8:38 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
FAHMI

KUALA LUMPUR - Orang ramai diingatkan agar tidak mudah terperdaya dengan mesej palsu berkaitan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang tersebar menerusi aplikasi WhatsApp.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata mesej mengandungi pautan tidak sahih itu berpotensi digunakan oleh pengendali pelaburan dalam talian yang tidak wujud atau scammer untuk mencuri akses ke aplikasi WhatsApp milik pengguna.

"Hati-hati dengan mesej yang tersebar dalam WhatsApp seperti ini. Jangan klik, ini pautan scammer.

"Jika anda klik, anda akan hilang akses ke aplikasi WhatsApp anda,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya hanya merujuk laman sesawang rasmi kementerian berkaitan bagi mendapatkan maklumat sahih mengenai sebarang bentuk bantuan kerajaan.

Sejak semalam, tular menerusi aplikasi WhatsApp satu mesej mengandungi pautan untuk orang ramai membuat semakan dan tuntutan STR. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved