Jangan layan cabaran Shafee: G57

LocalPolitics
7 Dec 2024 • 2:45 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sabah Publishing House Sdn Bhd

Kota Kinabalu: Cabaran peguam kanan Muhammad Shafee Abdullah kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor untuk memfailkan saman ke atas pemberi maklumat berhubung skandal video rasuah yang didakwa melibatkan beberapa Adun tidak patut dilayan.

Pengerusi Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) Datuk Zulkarnain Mahdar berkata, ini kerana ia sudah pun dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Justeru, SPRM perlu diberi ruang untuk menyiapkan kerja mereka sebelum berbincang mengenai soal saman sivil.

“Shafie sebagai peguam berpengalaman sepatutnya sedar tindakan pemberi maklumat memilih portal berita untuk menyiarkan video sambil membelakangkan SPRM adalah tidak wajar.

SPONSORED CONTENT Shell Sabah Deepwater Production Manager Earns Unsung Hero Award Kota Kinabalu: Sabah Deepwater Production Manager at Sabah Shell Petroleum Company Limited (SSPC), Musti Juin from Kuala Penyu was recently awarded the 2024 PETRONAS Malaysia Upstream Unsung Hero Award in recognition for his strategic leadership and exceptional Health, Safety, Security and Environment (HSSE) performance. Read more “G57 tetap berpendirian apabila seseorang itu mengetahui adanya amalan rasuah, perkara itu tidak sepatutnya disembunyikan, merujuk kepada Seksyen 25 Akta SPRM 2009.

“Apabila anda tahu mengenai sebarang amalan rasuah tetapi tidak melaporkannya kepada SPRM, ini jelas satu kesalahan,” kata Zulkarnain dalam satu kenyataan.

Beliau berkata G57 membuat laporan kepada SPRM dan polis berhubung salah laku kumpulan yang dikaitkan dengan pemberi maklumat itu.

“G57 mempunyai kepercayaan penuh kepada SPRM untuk menyelesaikan kes ini.

“Hajiji harus terus fokus membangunkan Sabah yang masih jauh ketinggalan dalam aspek jalan raya, elektrik dan air.

“Hajiji tidak harus terjebak dengan provokasi yang dimainkan oleh pihak tertentu yang mempunyai agenda tersembunyi untuk menggugat kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Pakatan Harapan (PH) di Sabah,” kata Zulkarnain.