
Berapa lama lagi rakyat Palestin perlu dibunuh? Setakat ini, sekurang-kurangnya 33,037 warga Palestin telah dibunuh dalam serangan pendatang haram, Israel di Semenanjung Gaza sejak Oktober 2024.
Kementerian Kesihatan Palestin turut merekodkan seramai 75,668 rakyat Palestin telah cedera sepanjang serangan berlaku.
Serangan pendatang haram Israel sudah masuk hari ke 181..

Israel telah membunuh 62 orang dan 91 lagi dalam tempoh 24 jam lepas. Masih ramai yang terperangkap di bawah runtuhan dan penyelamat tidak dapat sampai kepada mereka.
Untuk pengetahuan korang, serangan pendatang haram Israel ke atas Palestin sudahpun masuk hari ke 181 dan boleh dikatakan semua penduduknya sudah hilang tempat tinggal.
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada minggu lepas turut telah mendakwa Israel melakukan genosid ke atas Palestin dan memerintahkan mereka bertindak mengelakkan kebuluran di Gaza.
Kredit: Sinar Harian
