
RANAU: Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin berkata amat penting bagi Kerajaan Persekutuan untuk menunaikan secepat mungkin pelanggaran hasil 40 peratus ke pada negeri yang berlanjutan sejak 60 tahun lalu.
“Tahun ini adalah tahun yang penting bagi Sabah kerana rakyat sedang menunggu keputusan kerajaan persekutuan mengenai perkara ini yang sudah dipersetujui dalam Perjanjian Malaysia (MA63).
“Perkara ini termaktub Dalam Perlembagaan Negara dan sejak 2018 saya secara konsisten menyentuh tentang perkara ini. Sejak umur 23 tahun selepas keluar dari universiti bila masuk ke dalam politik, saya sudah perkatakan lebih 30 tahun mengenai perkara ini sehingga masuk ke dalam parlimen.
“Sudah lebih 20 tahun saya sebagai pihak pembangkang sebelum 2018. apa yang saya sentuh selalu menjurus ke arah ketidak eimbangan ekonomi, tentang hak Sabah pada rakyat Sabah, dan perkara ini masih berterusan hingga ke hari ini,” katanya.
SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more Justeru itu, Jonathan berharap Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal MA63 yang akan menimbang, membincang dan memutuskan mengenai perkara ini pada tahun ini hendaklah mengambil kira tentang tahun-tahun kehilangan pembayaran hak 40 peratus, khususnya daripada 1974 hingga 2021.
Katanya, pembayaran geran khas tahunan pada 2022 tidak harus dicampur dengan pembayaran geran khas 40 peratus.
“Kegagalan Kerajaan Persekutuan untuk membuat semakan ke atas 40 peratus geran khas ini adalah satu pelanggaran kepada Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan.
“Kerajaan Persekutuan perlu memikirkan perkara ini sangat penting untuk dilaksanakan kerana ia telah dijanjikan kepada rakyat Sabah dan pemimpin-pemimpin yang lalu.
“Jangan memandang enteng perkara ini, sebab pendek kata, mana-mana perkara utama dalam perjanjian, jika terma tidak dipatuhi atau tidak ditunaikan, mana-mana pihak yang telah dilanggari dalam perjanjian boleh membatalkan perjanjian itu,” katanya.
Jonathan berkata rakyat Sabah ramai sudah yang memikirkan perkara-perkara g di luar daripada pembentukan negara ini di masa sekarang.
“Kita dengar di Australia anak-anak Sabah menubuhkan Sabah Independence Movement. Di United Kingdom juga gerakan sama sedang dilakukan. Kenapa? Kerana mereka tidak berpuas hati dengan apa yang sedang berlaku ke atas Sabah.”
Tambahnya, Jawatankuasa Teknikal Perjanjian MA63 perlu membuat rumusan mengenai beberapa perkara, salah satunya berkenaan hal rekod yang diterima oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri di Negeri (LHDN) Sabah tidak mencerminkan hasil sebenar yang diperolehi oleh Sabah.
“Saya minta jawatankuasa ini membuat pertimbangan supaya semua agensi kerajaan yang beroperasi di Sabah mestilah membayar cukai mereka di LHDN Sabah. Kalau mereka tidak bayar maka mereka perlu mula bayar.
“Semua syarikat persendirian dari luar Sabah tapi beroperasi di Sabah mesti membayar cukai di LHDN Sabah dan perkara ini perlu dijadikan sebagai satu undang-undang.
“Perkara ini mesti dilakukan supaya kita ada rekod jelas berapakah pendapatan yang diperolehi dan jumlah 40 peratus berapa banyak yang harus dikembalikan kepada Sabah,” tegasnya.
Jonathan turut mempersoalkan ketidakseimbangan peruntukan pembangunan Parlimen diterima oleh MP Sabah.
“Di kawasan saya (Ranau) lebih luas daripada Melaka, Pulau Pinang dan Perlis yang mempunyai 11 MP.
“Bagaimana dana pembangunan RM4 juta setahun dapat mengejar RM44 juta di kawasan lebih kecil berbanding Ranau.
“Di semenanjung, jalan raya aspal dibina sampai ke ladang-ladang dan hutan simpan. Bagi kami di Sabah, jalan-jalan di perkampungan pun masih dalam keadaan daif,” kata beliau.
Jonathan berharap perkara ini diberi perhatian Kerajaan Persekutuan, kerana beliau sudah melalui empat Perdana Menteri tetapi situasi tetap sama.
“Kerajaan harus tunaikan tanggungjawabnya. Pembahagian peratusan dana pembangunan negara keseluruhan sebanyak RM90 billion juga tidak adil bagi Sabah dan Sarawak.
Beliau turut menyentuh tentang Borneonisasi dalam Memorandum 20 Perkara dan kerajaan tidak sepatutnya memandang remeh perkara ini.
“Minta supaya Borneonisasi dilaksanakan,” katanya.
“Berapa peratus jawatan persekutuan di Sabah yang dipegang oleh anak-anak Sabah? Berapa peratus pula lantikan anak-anak Sabah ke jawatan Persekutuan di seluruh Malaysia berbanding penduduk lain?
“Hal ini saya perkatakan kerana bilangan graduan Sabah yang menganggur adalah tinggi. Justeru kita minta supaya mereka diberi pertimbangan dan peluang untuk sama-sama berkhidmat dalam perkhidmatan Persekutuan khususnya Sabah,” katanya.
Jonathan turut menggesa pembinaan segera jambatan baharu Kg Lungkidau kerana rakyat sedang menderita sekarang di sana.
“Juga perlu dipercepatkan adalah pembinan Jalan Miruru, Kg Perancangan-Nalumad, Jalan Kundasang yang iaitu SK Kundasang-Mohimboyon-Pinausuk dan sambungan Jalan Sinurai-Karagasan ke Kg Gusi serta jambatan kereta ke Kg Gusi yang menghubungkan Sungai Ulu Sugut ke Beluran,” katanya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
