“Jangan Lupa Allah Dah Bagi Peluang Kedua”- Elyana Bengang Netizen Tuduh Cuba Cari Simpati Sebab Kongsi Sakit

Entertainment
4 Aug 2022 • 2:35 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penyanyi Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal, 32, mendedahkan bahawa dia menerima komen kurang senang daripada netizen menuduh dirinya mencari publisiti murahan kerana berkongsi keadaan diri yang sedang sakit.

Sebelum ini, penyanyi itu membuat keputusan untuk merahsiakan penyakit kanser yang dihadapinya selama lapan tahun kerana mahu mengelakkan diri daripada tuduhan sedemikian.

Menurut sumber, Elyana baru-baru ini berkongsi dia tertidur selama 15 jam kerana demam teruk dan hilang selera makan.

image is not available

Perkongsian itu mendapat perhatian seorang netizen yang menegur tentang penjagaan aurat serta menasihati Elyana supaya jangan mensia-siakan peluang kedua oleh Allah SWT.

image is not available

Sumber : mStar 

Selain itu, individu berkenaan turut berkata supaya jangan memohon simpati jika selepas ini diberikan lagi penyakit yang lebih teruk.

Cari simpati? Ayat paling pantang telinga aku dengar! Inilah sebab aku ambil masa lapan tahun untuk tidak beritahu aku sakit.”

Elyana mengambil langkah untuk menjawab teguran itu kerana merasakan dirinya sering kali dibuli dengan ‘nasihat-nasihat’ biadap seperti itu dan tidak suka apabila dirinya sering dihina dan dipijak.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 bulan lalu

"Kita Yang Ulang-Alik Hospital" - Elyana Luah Rasa Kecewa Dituduh Menipu Sakit Kanser